Tuesday, 7 January 2014

Diploma


5/1/2014 - Management Accounting && Auditing Principles
7/1/2014 - Event Management and Planning
3 paper terakhir dan 1 projek


Setelah dua tahun setengah akhirnya habis juga perjalanan yang penuh onak duri, menderita dan terseksa dalam dunia DIPLOMA AKAUN. HAHA! Lama betul nak habis, masa dinantikan kini tiba. Macam hari raya perasaan dia. Niat nak pakai baju kurung cuma atas faktor tertentu tak dapat kalau tak dah cantik dah. HAHA! 

Akhirnya officially tamat dengan jayanya. Keluar bilik exam terus laju tak toleh kebelakang, tak sebak langsung malah seronok yang tak terungkap. Walaupun kadang rasa benci dengan tempat belajar tersebut tapi banyak juga benda yang dah belajar. Tak akan dapat dilupakan. Kawan datang dan pergi, suka duka buat assignment sampai menangis yang ajar jadi lebih bersabar, berusaha belajar sampai tak tidur yang akhirnya membuahkan A+ dan banyak lagi perkara yang lebih buat kita fokus dan matang dalam uruskan masalah.

Seronok. Mak ayah happy. Malah mak yang over sedih anak habis belajar. 
HAHA! Anak dia seronok je sebab tak payah mengadap kolej tu lagi. Mesti dorang bangga anak dia dah tamat belajar dan akan sambung degree.


Hadiah untuk mak dan ayah :') 
Tertunai akhirnya niat ku yang satu ini.

Sekarang boleh fokus untuk agenda yang baru. Dah tak perlu urus dua perkara serentak dalam satu masa. In shaa ALLAH dengan izinNYA bulan febuari masuk ke peringkat seterusnya. Pelajaran yang sememangnya lebih mencabar, degree macam abang abang. Tinggal adik dia seorang je tak habis belajar lagi. HIHI! Nak beli lagi sikit barang keperluan, baju dan segala dokumen.




Tak lama lama merantau negeri orang. Tak jauh mana pun cukuplah untuk ajar erti berdikari dengan lebih mendalam serta niat niat yang sangat dinantikan (hanya mereka yang kenal tahu niat niat ini haha), nak kutip pengalaman baru dan kawan kawan baru. 


Semoga dipermudahkan segala urusan ku.
-DIPLOMA SUDAH TAMAT DENGAN JAYANYA-

2 comments:

Elvy Nellysha said...

alhamdulillah dah tamat .lepas ni boleh la sambung degree .. :)

Nurul Nadiah Mustafa Kamal said...

Alhamdulillah :)