Thursday 9 January 2014

Kini

Assalamualaikum. 

Hai! Dah bulan January dan dah selamat habis Diploma dua hari yang lepas. 
Maka dengan ini aku seorang JOBLESS and STUDYLESS. Ada ke term STUDYLESS
Aku main gasak je. Moga kalian mengerti. HAHA! 



Aku bosan. Murung. Saat ini aku lapar.

Begini sedih kehidupan. Oh... Hari hari mendatang sangat tidak produktif. Bayangkan, sejak habis exam aku tak boleh tidur. Nak subuh baru boleh buat taik mata lepas tu bangun tengahari kalau nasib buruk pukul 1 petang. Kalau bakal mak mertua tahu mahu aku kena reject. Ampun. Bila dah celik, mata membulat perut kenyang. Tergolek depan TV, tengok cerita korea. HAHA! Abang aku pun dah naik muak tengok adik dia tiap kali datang tengok TV channel ONE HD sahaja. Ampun. HAHA!!


Mohon segera bulan febuary. Aku dah tak tahan. 
Terseksa. Menderita. Kalau rajin adalah aku merayap dekat laman kejar anak2 kucing jiran yang gebu dan nakal tu. Dua ekor pun penat aku kejar. Exercise sekali dapat. Haa produktif sikit. Kadang aku buli mak anak2 kucing tu. HAHA tengok atas kebosanan yang melampau aku terdidik menjadi degil namun penyayang? Kalau gatal tangan, aku shopping online dengan alasan 'Ala untuk sambung degree nanti, keperluan' Walau sebenarnya kehendak.


Bila dah tak ada benda nak buat. Aku terfikir macam mana ada orang yang boleh hidup dengan goyang kaki, makan dan tidur. Langsung tak produktif. Adakah tidak penat atau lelah? Hidup dalam keadaan membuang waktu yang sepantas kilat. Sesungguhnya orang yang membuang masa dalam kehidupan adalah orang orang yang kerugian. Adakah tidak tahu atau pura pura bodoh untuk menafikan akan kesedihan hidup tersebut? Masa tidak akan kembali malah pantas meninggalkan kita. 

Sudah! Nanti aku bercerita panjang lebar pasal malas dan buang masa ada je yang kata aku bercerita pasal Mat pet ni, Minah pet ni, samdol tu, samday ni. Bosan hidup dalam kelompok yang tak boleh dinasihat dan terima pandangan. Tak ada kena mengena yang hidup atau mati. Ini adalah dari mata pandangan dan liku liku onak ranjau kehidupan seorang insan berusia 21 tahun yang ye masih mentah dan tak cukup garam dalam badan. 

Tak apa, aku belajar.

Apa yang pasti, baru 2 hari yakni 48 jam membesarkan badan dah merengek dekat MAK minta bawa melancong dan nak beli coklat banyak2 lalu kena bahan dengan mak kata nanti tragedi december berdarah kembali..Eceh..Tak ada makna anak mak ini gemuk semula. Gua bengkek trauma gemuk. Montel tak apa, comel. HAHA!


*sambung selongkar peti ais* Kbai.

No comments: