Friday 25 October 2013

Sekadar picisan




Memang tidak semua orang yang mencintaimu akan menunjukkannya dengan cara yg kamu mau. Tapi semoga saja, mereka mencintaimu sepenuh hatinya.



Jodoh tu kan rahsia Allah
Sekuat mana kita mempertahankannya
Sehebat mana kita rancang
Selama mana kita menunggu
Setabah mana kita bersabar
Sedaya mana kita menerima dia seadanya
Kalau Allah tak tulis jodoh kita bersama sampai tua
Kita tetap tidak akan bersama
Kadang Allah sengaja nak uji
Untuk kita kaji
Kita pandai tak jaga diri


Muda romantis.
Tua lebih romantis.
Adakah bisa kita rasai?
Percayalah. Ada keajaiban dari DIA.

:)

Tuesday 22 October 2013

Istimewa



Entah kenapa.
Hari demi hari.
Aku makin suka dengan kamu.
Aku makin senang dengan kamu.

Entah kenapa.
Aku ternanti nanti nota nota kamu.
Aku senang dengan diskusi kita.
Tak kerap seperti zaman mula bercinta tetapi padat. 

Entah kenapa.
Keadaan aku berbeza. Seperti hilang diri yang dulu.
Ego, emosi, tangis, cemburu dan amarah lenyap.
Yang wujud hanya kepercayaan, mengambil berat dan mengasihi.

Entah kenapa.
Hati aku makin suka cara kita sekarang.
Umpama kita sedang berjalan ke fasa yang baru.
Ke alam yang menuju keredhaan Ilahi.

Entah dimana datangnya..
Kita dapat give and take bersama.
Tanpa masalah. Tanpa debat dan bantahan.
Kita kini tidak mudah berjanji.
Sebaliknya kita berusaha memperbaiki.

Jujur, aku suka diskusi kita.
Aku senang cara kita kendali hubungan ini.
Aku boleh bahagi masa, lebih teratur.
Antara keluarga, kamu dan pelajaran.

Adakah ini dinamakan jatuh cinta kali ke sejuta?
Tapi perasaan kali ini lain, tak seperti selalu.
Ibarat aku telah temui dan percaya..
Kita ada jodoh. Kita akan bersatu.
Kita akan punya zuriat yang soleh solehah.

Dan.. aku yakin akan kamu.
Boleh menjaga aku.
Boleh membimbing aku.
Membetulkan kekhilafan.
Mengajar aku erti kehidupan.

Dan.. aku yakin..
Aku telah temui dia bakal suamiku.
InshaALLAH. Kamu orangnya..


Atau mungkin ini perubahan pemikiran ku?
Mungkin.

Yang pasti.
Aku jatuh hati lagi pada kamu.
Tanpa jemu dan aku suka perasaan ini.


Hari demi hari, aku ternanti nanti.
Perjalanan bagaimana akan kita tempuhi.
Jalani bersama, pegangan yang erat.
Untuk melangkah bersama kamu.
Jatuh susah senang bahagia bersama.


Terima kasih.

Didikan.
Ketegasan.
Kemarahan.
Ketegangan.

Itu demi mematangkan kita.
Itu demi masa depan bersama.




You are so different from the others. Yes, you really are.
I will fight and we will fight for this relationship. ILY abang.

Saturday 19 October 2013

Memaafkan

Belajar redha dengan semua perkara.
Jodoh ajal maut dalam kuasa DIA.
Siapa kita untuk pertikai atau mengadili?


Jangan mudah melabel seseorang andai tidak mengenalinya.
Jangan mudah menghina seseorang andai tidak tahu kisah hidupnya.
Jangan cakap perkara yang akan terpalit ke diri sendiri semula.

Belajar untuk ada perasaan malu.
Belajar untuk ada perasaan adab sopan.
Belajar untuk tidak menjadi TUHAN.

Tolong jangan dijatuhkan martabat seorang wanita.
Segala apa yang terjadi pada masa silam itu.

Lepaskan..
Redhakan..
Relakan..
Maafkan..
Pasrahkan..

Perancangan ALLAH SWT lebih teliti dari perancangan manusia.
Kita hanya mampu merancang selebihnya serah pada DIA.
Nawaitu biar ikhlas, jangan baik pada permulaan perkenalan.
Kemudian bertukar kepada kejahatan. Islam tak ajar itu.

Kematangan seseorang terletak pada perbuatan dan pertuturan.
Jangan hanya mengakui kematangan diri andai terserlah kesombongan.


Sebagai manusia, wanita dan hamba Ilahi. 
Jangan ditoreh maruah diri, jangan dicalar peribadi itu.
Jangan nampak sangat niat yang tak ikhlas dari permulaan.

Wanita yang baik untuk lelaki yang baik.
Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

Yakinlah pada kuasa ALLAH S.W.T
Yakinlah pada Qada' dan Qadar ALLAH S.W.T

Usah dipertikai. Usah punya niat menjatuhkan.
Andai aku bisa mendoakan kebahagiaan masjid mu.
Masakan kamu tidak boleh mendoakan kebahagiaan ku?

Islam mengajar kita berbuat baik pada saudara sesama islam.
Aku terima segala kata kata hinaan. Alhamdulillah aku tidak melatah.


Sayang..
Belajar untuk meredhakan segalanya..
Semoga dikau bahagia, suratan Ilahi inshaALLAH yang terbaik.


Aku maafkan kamu kerana aku ingin bahagia.
Aku maafkan kamu kerana aku ingin tenang.

Aku maafkan kamu kerana aku tidak mahu di akhirat nanti kamu tercari cari aku untuk memohon keampunan. Percayalah, aku memaafkan kamu.


Assalamualaikum hamba ALLAH S.W.T


P/S : Aku tahu kamu baca. 
Aku tak nak cakap "Tolong terasa" 
aku hanya nak kamu belajar menerima suratan takdir Ilahi.

- VIA GALAXY NOTE

Friday 18 October 2013

RAHSIA #1

Semoga semua ini sementara. Bismillah. Uhibbuka fillah.





Kuat ahh brother.




Hujan rintik rintik,
Air bergelora,
Mak kasi duit ayah kasi duit,
Adik pergi sekolah,
Cikgu tanya adik 3 tambah 3 berapa?
adik jawab 6 cikgu tanda right.
Adik balik rumah.

Lagu zaman sekolah rendah. 93's


Hujan ini syiok.
Jadi tak syiok.
Bila masa raya teguk air gas.
Sekarang tak ada suara.
Flu makin bermaharajalela.
Delusi kepala pun naik tocang.
Terseksa tidur dalam luar hujan.

Malas nak layan sakit kali ini.
Tak nak jadi budak manja.
Mengadu dekat blog tak apa.
HAHA



.SEMOGA TIDUR LENA.

Monday 14 October 2013

Perpisahan





Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعونَ
Innalillahiwainnailaihirojiun
Surely we belong to Allah and to Him shall we return
Sesungguhnya dari Tanah kita dijadikan, maka ke tanah juga akhirnya.


Lemah longlai kaki tiada terhingga.
Melutut ke tanah, memandang sayu.
Lemah apabila jasad itu di rangkulan mu.
Aku lah orang terpilih mengajarnya kalimah itu.
Kalimah keramat. Ku lihat dikau pergi.
Mengigil seluruh tubuh melihat jasad yang kaku.
Air mata mengalir menangisi pemergian mu.
Ku lihat kain putih membaluti tubuh sejuk itu.
Wangi sungguh. Wangi Ya ALLAH. 

Cium dahi tanda perpisahan.
Menatap wajahmu buat sekian kali.
Menahan tangis dari jatuh ke tubuh itu.
Mengusap pipi tubuh tua mu.
Ya ALLAH, kacak sungguh khalifah Mu ini.

Kini, jasadmu diangkat ke kenderaan terakhir.
Dibaluti kain hijau tertera kalimah ALLAH S.W.T
Pergi lah dikau meninggalkan balu mu, anak2 mu.

Kenderaan bergerak menuju ke rumah terakhirnya.

Di situ, dalam nya rumah itu. Rumah kamu.
Merah tanah suci itu. Menunggu kamu.

Yasin dan Al-Fatihah kedengaran disegenap ruang.
Talkin dibaca, pemutus dunia dan dunia baru mu.

Tok imam para ustaz ustazah, sedara mara, rakan taulan duduk bersimpuh di tikar usang memegang yassin di tangan, ada yang mengusap tangisan, ada pula yang berdiri longlai. Setiap seorang terpancar kesedihan. Senyap sunyi di ruangan perkuburan, boleh kedengaran angin bayu menghempas ke pipi yang basah dihujani air mata. 
Kedengaran kuat dan lantang suara bacaan Talkin.

Sebak. Lailahaillallah.

Ketahuilah  wahai (ANDA)  Bin  (IBU ANDA), bahawasanya  Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah  Taala.


Apabila mereka menyuruh kamu duduk,  

mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:

Siapakah Tuhan  kamu?
Siapakah Nabi  kamu?
Apakah agama  kamu?
Apakah kiblat  kamu?
Siapakah saudara  kamu?
Apakah pegangan iktikad  kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa  bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab  soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul.  Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah  tenang dan berhati-hati. Hendaklah kamu jawab  begini:

Allah Taala  Tuhanku,
Muhammad  nabiku,
Islam  agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu kiblatku, 
malahan  solat lima waktu, 
puasa di bulan Ramadhan,
mengeluarkan zakat dan mengerjakan  haji diwajibkan ke atas aku.

Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah  saudara aku, 
bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: 

"La ila ha  illallah Muhammaddur rasulullah".



Kuasa ALLAH S.W.T tidak terhitung. Jika itu maka itu yang terjadi.
Lantas terdetik di hati ku, bakal jenazah sudah sah aku antaranya.
Adakah aku bakal menjadi bakal PENGANTIN? 

*Terduduk kaku memeluk batu nisan mu*

Lain yang difikirkan bakal pergi mengadapMu, 
lain orang pula yang pergi meninggalkan dunia yang fana ini. 
Kuasa Mu Ya ALLAH, kekuasaanMu.

Aku redha.
Aku pasrah.

Setiap yang hidup pasti merasai detik kematian.
Tiada seorang antara kita yang bisa melengah atau menundakan.
Di sana, segalanya kelakuan dan tindakan mu dihisab. Dihitung.
Mana yang kamu sembunyikan di dunia, di sana pasti terbongkar.

Tanyalah diri kita, usah mendongak ke orang lain.
Cukup sudah bekalan kita?
Redha kah jika kita pergi?
Sempat kah kita memohon keampunan?
Sudah dikenang salah silap kita?

Tanya pada hati mu.



Kini, semua tinggal kenangan terindah.
Memori memori bersama, kekal di ingatan.
Dikau pergi selamanya, di hati masih bernyawa.

Semoga dikau tenang disana, bersama bidadari syurga.
Semoga dikau ditempatkan di jannah firdausi. Tertinggi.

Selesai sudah urusan mu di dunia, hanya tinggal dihisab.
Selesai sudah urusan mu di dunia, hanya tinggal dibangkitkan.
Akan aku merindui mu, buat selamanya akan ku kenang.

Alhamdulillah. Bila pula masa kita semua?


*Berjalan longlai meninggalkan kamu*

Assalamualaikum Ya Ahli Kubur

*mengalir air mata*



- VIA GALAXY NOTE-

Friday 11 October 2013

Rindu

Kanan kiri penuh kehijauan.
Pokok pokok daun daun.
Suasana yang tenang.

Hijau itu memberi SERIBU SATU ketenangan.
Lantaslah Nabi Muhammad S.A.W menyukainya.
Daun ditiup manja oleh bayu angin, menari riang.
Masakan pokok bergoyang kalau tiada angin.

Suasana kampung jauh berbeza dari bandar.
Hiruk pikuk lautan manusia tidak kedengaran.
Keadaan sekeliling aman damai, penuh kehijauan.
Burung burung terbang bebas, cengkering berbunyi.

Tanpa Unifi, tanpa line semewah rumah di bandar.
Masih mampu berdiri. Bernyawa dan tidak mati.

Aku ingin lari dari dunia sebentar.
Menikmati kehijauan yang acap kali aku nikmati.
Duduk di birai bangku kayu menunggu keajaiban.
Melihat keindahan dunia yang cukup MENGINSAFKAN.


*Mendongak ke langit senja*

Sayang,
Apa khabar kau disana.
Makan kah dikau? Sihat kah dikau?
Semoga hari dikau penuh keberkatan.
Disini, aku tetap menunggu.
3 hari 2 malam kesibukkan mu.
Terseksa zahir tanpa nota-nota.


Sayang,
Akan tetap ku menunggu disini.
Carilah aku jika kau merindui.
Hanya pada mu, bakal imam ku.


*menghirup udara menenangkan gelodak jiwa*

-VIA GALAXY NOTE-





Permulaan




Aku bakar 99.99% coretan dalam blog usang.
Tak peduli lagi. Bakar tak tinggal memori.
Biar berlalu ditelan masa, aku malas peduli.
Berambus. Usah kau kembali dalam ingatan.
Tak perlu sebak. Jangan tanya aku apa apa lagi.
Sekarang yang penting. Ubati mata BENGKAK ini.

Engkau (memori) boleh pergi jauh. Jauh!
Bayangkan jika aku tak lepaskan semua?
Esok atau lusa aku mati, tak tenang.
Jadi hantu dan makan semua yang melukakan?
Tidak. Aku mahu jadi bidadari bukan hantu.


Restart my life. Never too late for a fresh new breath.

Thursday 10 October 2013

Belajar terima



Tak semua apa kita buat orang suka.
Tak semua apa kita fikir orang senang.
Tak semua tindakan kita orang terima.
Tak semua perangai kita orang selesa.

MAAF kerana ada masa, aku rasa sempurna.

Belajar menerima, segala apa yang diluah.
Andai kata itu melukakan hati, aku cuba.
Walau kata itu mengecilkan hati, aku cuba.

Untuk terima..
Demi kebaikkan. 


Jangan marah nadia, itu perangai syaitan.
Jangan sedih nadia, itu pengajaran.
Jangan kecil hati nadia, lepaskan.


Aku bukan siapa siapa, hanya manusia penuh kekhilafan.
Yang sering cuba menjadi yang terbaik untuk semua.
Sampai tika aku lupa, aku juga seperti mereka.
Tidak sempurna. Kembali ke pangkal jalan.
Tiada guna kias, tiada guna tangis. 


Diam dan hadapi.
Dunia tidak kiamat dengan masalah.
Aku yang membutakan mata.
Hingga membuat 'kiamat' sendiri.






Maafkan aku.