Tuesday 31 December 2013

2014


Journey of 2013. THEEND.
.Alhamdulillah.

DUARIBUEMPATBELAS
Kita bertemu, in shaa Allah.
Satu perjalanan baru untuk ditempuhi.
365 hari yang bakal dilalui jika panjang usia.
Teman baru, suasana baru, diri baru dan keluarga baru.

Aku tidak menginginkan apa apa kali ini.
Biar semuanya berlaku jika ALLAH S.W.T mengizinkan.
Biar semuanya terjadi dengan semulajadi, aku menanti.

In shaa ALLAH. 2014 bakal menjadi menarik.
Abang ku bakal bernikah dengan izinNYA.
Aku bakal punya seorang kakak, setelah sekian lama.
Mak ayah akan terima menantu perempuan sulung.
Tak lama lepas itu punya cucu dan aku punya anak buah.
Aku juga akan lebih dekat dengan dia, keluarga masa depan.
Lalu, aku perlu lebih kuat akan godaan dan ketinggian iman.
Semakin dekat, semakin banyak cabaran dan fitnah.
Aku juga sudah punya Diploma dan bakal genggam Ijazah.

Siapa sangka, aku akan mula berkata usiaku 21 tahun.
Siapa sangka, hubungan-bakal-halal menjengah 3 tahun.
Siapa sangka, diri ini boleh berubah sebegitu drastik.

Tak ada siapa sangka hatta aku sendiri terkelu bila memikirkannya.
Ada masa airmata ini jatuh membasahi pipi, bersyukur dengan apa ada.
Ibu bapa yang penyayang dan makin terbuka soal jodoh anak anak.
Abang abang yang makin lama kian rapat dan mula berbual bicara.
Si dia yang menyokong, banyak menasihati dan garang macam singa.
Kawan yang memahami, gaduh jatuh bangun kekal utuh silaturahim.


Manusia kesayangan hamba

Alhamdulillah. Rancangan dan kurniaan dari Yang Maha Esa.
Teruskan berdoa, berusaha, menjaga aurat dan keimanan.
Thanks mak ayah kerana percayakan Nadia.
Thanks mak ayah kerana tak putus doakan Nadia.
Thanks mak ayah untuk segalanya dan merestui Nadia.
Thanks mak ayah kerana terbuka hati dan restu hubungan kami berdua.

Nadia akan pegang kepercayaan dan kata nasihat itu.
Nadia akan bawa pulang Ijazah untuk kalian berdua.
Nadia akan berusaha menjaga aurat dan peribadi ini.
Nadia akan lebih gigih perbaiki hubungan denganNYA.

Awak doakan saya ye?
Cik Nadia mesti boleh.


1 JANUARY 2014 and the journey continues..
Bismillahirohmanirrohim, Rabbir yassir walatu'assir.