Friday 29 August 2014

Thank you.

**Dah berbulan entry diperam sebab malu nak publish. Segan :P



So here goes the story..



Dalam tak sedar banyak memori indah tercipta.
Memori yang tak pernah dibayangi selama ni.
Dari detik kaki melangkah ke tempat asing.
Suasana yang sangat lain dari kebiasaan.

Sejak dari itu, setiap hari adalah hari untuk diingati.

Jumpa ahli ahli keluarga kereta STYLOC. Mula mula malu, duduk diam tak banyak cakap, segan tak tahu nak respon apa. Sekarang dah macam langsuir gelak berdekah dekah. HAHA! Rindu nak jumpa korang, kalau tak sebab orang tu bawa tak kenal lah family yang super sporting macam korang ni. Kita pergi BBQ, main kejar kejar kengkonon tepi pantai. HAHA! Tengok bola, overnight dekat Kuantan yang masa tu happening sangat ramai gila satu rumah. HAHA! Paling tak boleh ingat tetibe kena bawa hantaran kotak tisu takut pengantin berpeluh. 
Paling aneh hantaran kotak tisu sebiji. 





Berkenalan dengan keluarga dia. Ramai sungguh ahli keluarga dan masih dalam proses menghafal nama nama mereka. HIHI! First datang Mersing, pergi cari kerang. Jakun sangat bila dan pandai cari kerang bangga sampai tak nak keluar dari sana. Tak nak balik rumah Mak Ndak. Terharu sangat bila Mak Ndak tak buat kari sebab kita alergik kari. Sayang sangat dekat dorang. 






 THANK YOU, LOVE. 
For introducing me to your families.
Your happy, humble and big families.
For introducing me as your future wife.
To your uncles and aunties even your grandma.
For bringing me to meet your Styloc's families.
And still proudly introducing me as your love.

Abang, seriously. Thank you.
May ALLAH bless you and us.



"Time will prove my love to you and cement my place in your heart forever. For time will give me the credibility and the believability that I need to convince you to want to spend the rest of your life with me. That I am worthy of such a commitment from you."


Thursday 28 August 2014

EGOIS




Manusia dan ego tidak dapat dipisahkan.
Siapa sahaja yang tidak punya sekelumit ego dalam diri?
Menipu kalau tak ada, sedangkan aku sendiri EGOIS.


Satu kesalahan mampu menutup 1001 kebaikkan.
Satu kesilapan mampu menjadi titik hitam dalam profil diri.
Satu kekhilafan mampu menjadi duka dihati insani.

Aku punya salah, dosa dan berterusan melakukan dosa disepanjang kehidupan. Tipu jika sehari, tiada satu dosa walau sekecil zahrah pun. Kesalahan itu mendidik diri kita untuk menjadi lebih baik. Mengubah diri ke arah yang benar tapi entah kenapa manusia sering menjadikan satu kesalahan sebagai hukuman seumur hidup. Ibarat tergantung ditali keramat (tali gantung) seperti dijatuhi hukuman digantung sampai mati kalau tak mati digantung dan gantung lagi.




Aku belajar sesuatu.
Aku terima sesuatu.


Orang kalau dah tak suka kita, perkara sebaik atau semulia macam mana pun. Kita tetap dipandang hina, diperli, dicaci, dikata dan sebagainya. Ibarat kita tiada maruah, nama dan jati diri dicanang merata. Tidak ubah seperti sampah ditendang tendang. Umpama diri kita sebagai manusia yang tidak punya hati dan perasaan. Buatlah baik, sejukkan lah mimik muka, mengambil berat lah dan segala macam kebaikkan cuba dilakukan.. Masih tiada harga dinilai.




Penyelesaian.

Jangan buat apa apa. Terus melakar cita cita sendiri. 
Manusia sentiasa berkata kata, tidak berhenti. Hak sendiri.
Kita? Terus maju dan belajar dari kesilapan. Jangan diulangi.

Andai penghinaan mampu melakar senyuman diwajah.
Teruskanlah kerana manusia ini sudah lelah dan menyerah.
Menyerah bukan kerana kalah tapi kerana masih sayang.
Dan kerana rasa sayang itu lah, manusia hina ini pergi.


Pergi jauh membina hidup yang baru.
Meninggalkan segala duka nestapa.
Mendiamkan diri membisu 1000 bahasa.
Takut lidah ini melukai lagi.
Menutup mata mengaburi pandangan.
Takut mata ini melirik menjeling.
Tiada riak emosi diwajah, kosong.
Takut wajah ini membawa fitnah.



Membawa kenangan indah bersama.
Moga manusia ini tabah dan berubah.
Maafkanlah manusia ini. Jujur maafkanlah.

Thursday 14 August 2014

Hati



I have a dream. A dream to be happy in life, to enjoy every parts of the situations. Well, to be me. Appreciate the lil things that happens through out this journey. Tak semudah itu, hidup tanpa sedikit rasa sedih, tercabar, menangis dan segala emosi yang negatif memang tak sah. Salah satu perkara yang sangat ketara tentang manusia "Satu kesalahan mampu menutup seribu satu kesalahan" dan "Terlalu baik mampu memakan diri sendiri"

Tetapi dalam segala dugaan yang dihadapi, kita tetap kena belajar memaafkan dan meredhakan sesuatu kejadian. Mungkin kita akan pergi jauh dan tidak seperti dahulu namun berpisah atau bermusuh itu jauh dari pandangan kerana dahulu terlalu banyak yang manis. Jangan kerana satu kepahitan kita hidup sebagai seorang manusia yang zalim dan memendam dendam. Belajar meminta maaf dan memaafkan kesalahan orang.

Usia yang makin lanjut mengajar untuk lebih memahami.
Usia yang makin lanjut mengajar untuk melepaskan yang pahit.


Jaga hati sendiri, sudah dan berhenti menjaga hati orang lain.





Kejar mimpi dan cita cita sendiri. Kejar dan terus kejar.
Berusaha untuk lebih maju dan berubah ke lebih baik.
Andai pergi mampu menghilangkan duka.
Pergilah, dan mulakan hidup yang baru.

Bersama mereka yang masih sayangkan kita.
Bersama mereka yang masih teguh dengan kita.
Bersama mereka yang masih setia mengajar kita.

Mungkin kita terlalu baik yang sebenarnya "naif"


P/S : Satu hari teringin nak pergi kerja dekat kedai atau butik sendiri.