Monday, 6 January 2014

Kesempurnaan



Aku suka lihat wanita cantik, lebih suka melihat wanita yang manis bertudung, sopan gayanya, cantik rupa parasnya dan merendah diri orangnya. Nak dibandingkan dengan diri ini, terasa jauh bezanya. Nak dibandingkan serba serbi, masih jauh tidak sempurna penampilan ini. Tidak lah cantik orangnya, biasa sederhana sahaja dan menerima diri seadaanya kerana tiap tiap ciptaan ALLAH S.W.T adalah yang paling indah, paling terbaik dan paling sempurna di mata dan sisiNYA. Biar didunia, kita tidak cantik dan sempurna di mata manusia tapi ingatlah ALLAH S.W.T sentiasa menyayangi hambaNYA.

Nikmat yang sangat disyukuri

Mata untuk melihat keindahan alam yang luas.
Hidung untuk bernafas dan meneruskan kehidupan.
Mulut untuk berbicara yang indah dan berzikir.
Telinga untuk mendengar dan mendapatkan ilmu.
Tangan untuk saling membantu dan mendukung.
Kaki untuk terus berjalan dan maju ke hadapan.

Bersyukur dengan semua kurniaan ini.
Biarlah sederhana asalkan tidak menyusahkan.


-A WOMAN MODESTLY DRESSED IS AS A PEARL IN ITS SHELL-




1 comment:

Zara Nurhaidah said...

ciptaan Allah mmg smua ny cntik.. Btw, zara dtg snio ziarah smbil follow.. 60. ^^