Friday 4 July 2014

Memilih

Bila dibelenggu dalam dua perkara yang penting.
Menjaga hati sendiri lalu dibiar menderita.
Melukai hati orang lalu menjadi durjana.

Tabah untuk mengharungi.
Atau,
Neraka bakal dikunjungi.

Silap percaturan, mungkin salah langkah.
Entah, ingin dilawan ditentang tapi..

Lemah.
Bila harus memilih antara dua hati.
Siapa yang harus mengalah dan siapa harus memaafkan.

Mungkin betul kata sekeliling, aku lemah.
Tak tahu bila perlu melawan.
Tak pandai untuk membuat keputusan sendiri.


Mungkin dengan cara ini Dia menguji akan lebih rapat dengan Dia, bercerita segalanya. Sentiasa berpaling kepadaNYA. Setiap yang terjadi pasti ada jawapan dikemudian hari. Tidak mengapa, hidup harus diteruskan. Tanggungjawab masih banyak perlu dilunaskan. Masalah hidup, semua mengalaminya. Baik buruk penerimaan yang menjadi titik tolak jatuh bangunnya seseorang itu. 

Bersabarlah.

Merintih hanya pada DIA.
Nescaya Dia mendengar.
Semestinya tidak bosan.


Berdoa semoga dilembutkan hati.
Berdoa semoga disedarkan kekhilafannya.

Sudah sayang, hapus airmata itu.
Sudah sayang, ceriakan hati mu.
Sudah sayang, pujuklah diri itu.

Percaya ALLAH S.W.T tak menguji hambaNya melebihi dari kadar kemampuan. Jangan bersedih sebab DIA sentiasa ada disisi melihat setabah mana engkau menghadapi dugaan yang hebat ini. In shaa allah kau boleh :)
Kerana walau apa pun salahnya..

Dia tetap ........ 

Dan tugas aku,
sentiasa memaafkan.