Friday 29 November 2013

Ruang


Pernah tak rasa serba salah?
Macam apa kau nak buat fikir 2,3 kali.
Macam apa keputusan kau kena ubah balik.

Aku rasa macam tu sekarang.
Serba salah yang tak dapat diungkap.
Macam apa aku buat tu tak kena.
Perlu diarah, perlu disuruh, perlu dibuat.
Tak boleh dibangkang, di'reject', ditolak.

Kadang dalam kehidupan.
Kita kena ikut kata hati.
Kita kena dengar firasat hati.
Jangan dengar cakap orang lain.
Jangan sibuk fikir pandangan orang lain.
Kalau nak buat, just go for it. Catch it!

Baik buruk. Kau corak sendiri.
Dosa pahala. Atas pilihan kau sendiri.

Bukan semua orang boleh ikut cara kita.
Bukan semua orang boleh 'adapt' hidup kita.
Bukan semua orang boleh dengar cakap kita.

Berilah ruang. Berilah peluang.
Berilah ruang untuk dibuktikan.

Aku belum lalui lagi, jangan dipatahkan semangat.
Aku belum jalani lagi, jangan direndahkan perbuatan.
Aku belum melangkah lagi, jangan diperlekehkan.

Andai dah dididik dengan elok.
In Sha Allah, pilihan kau buat tepat.

Tolong. Jangan buat aku serba salah.
Biar aku corak jalan hidup aku sendiri.
Akhirnya, aku juga yang menjalaninya.



Buat salah. Tak buat salah. 
Persoalan yang bermain di minda.
'SAMPAI BILA PERLU SEMUA INI DIATUR?'

Monday 25 November 2013

Tersedar





 Tadi Ibu mengadu 'Tolong carikan uban ma(MAK) tak nampak'
Tadi Ibu mengadu 'Kaki ma sakit, lutut susah nak jalan sakit'

Aku tanpa menyoal terus mencari rambut halus yang menimbulkan kebencian kerana saat aku terlihat rambut putih itu air mata hampir gugur kerana tika itu aku umpama tersedar dari lena akan usia Ibu. Makin lanjut. Lebih sedekad. Sehabis boleh menahan air mata dari gugur, bertambah pilu mendengar rintih sakitnya itu. Anak mana tidak sedih melihat pergerakan Ibu makin kurang dan sangat terbatas. Mungkin anak derhaka tidak terkesan. 


*menarik nafas sambil mengenang kenangan masa kecil*


Ibu dan ayah.
Terlihat kini rambut halus berwarna putih bergelar UBAN.
Terlihat sudah garis dan kedutan di muka bersih suci mereka.
Terlihat kadang kala mereka mengaduh sakit kerana usia.
Terlihat pergerakkan mereka yang makin lama kian terbatas.

Ibu dan ayah.
Usia yang makin meningkat tua.
Wajah yang makin dimamah usia.
Pergerakan yang makin terbatas.

Sedih. Sebak bila mengenangkan masa yang berlalu.
Masa yang semakin mencemburui kemesraan ini.
Masa yang semakin laju meninggalkan mereka yang alpa.
Alpa dan lalai akan kebajikan dan menyayangi mereka.

Andai boleh diminta, tak ingin aku lihat pemergian.
Namun, siapakah aku untuk meminta sebegitu?
Mati itu pasti, Mati itu janji. Mati itu pasti terjadi.

Sedarlah sebelum semua keindahan ini hilang.
Jangan hanya tersedar kita sedang memeluk batu nisan.
Menangis semahunya, memikirkan kenangan dahulu.
Menyalahi diri sendiri akan kejahilan melayani mereka.


Hargailah mereka lebih dari sesiapa di dunia ini.
Selagi kita bukan seorang isteri atau suami orang.
Tolong beri perhatian kepada ibu bapa.
Ibu bapa pasti bersama, mereka yang tiada ikatan.
Belum tentu termeterai janji sehidup semati.

Friday 22 November 2013

Sindrom


Minggu yang emosi sangat berkecamuk.
Dengan kesihatan yang tak mengizinkan.
Terbatas segala perbuatan dan pemikiran.
Serba serbi tak kena dekat pandangan mata.

Mungkin fikiran berkecamuk sebab menghitung hari.
Makin hari masa itu hampir tiba, sangat dekat.
Dah tak perlu guna 10 jari, 5 jari je dah cukup.
Untuk pergi dari dunia Diploma. Sedih. Sebak.

What I called as 'Syndrome Pra Diploma ending'
Woi woi bukan syndrome down ok!

Siapa sangka 2 tahun setengah boleh berlalu macam angin.
Tup tup, dah habis. Fuh macam jet pejuang pula rasa.
Lepas ini rehat bulan januari/feb masuk degree pula.
Lagi double triple FUH FUH FUH perasaan hati.

Laju gila schedule kehidupan aku. 
Tak terkejar rasanya kaki ini.
Gagahi juga demi masa depan.

Yang pasti, kali ini aku lebih bersedia untuk apa sahaja.
Terus terang, emosi sebenar aku berkecamuk. Parah.
Sebak nak berpisah tapi seronok sebab ada kehidupan baru.

Apa pun, Nadia you deserve to be happy and proud of yourself.
Dah kerja keras, hadiah mini untuk mak ayah. Kecik je jasa ni baru.
Belum cukup terbalas penat lelah mereka. Tak apa kecil2 dulu.
Hadiah extravaganza besar, dapat 'menantu' ok mak? :P elelele.



Note : Januari 2014 orang akan tanya umur berapa?
Aku jawab 21 tahun, say what? How time flies!!!!
How crazy is that? Unofficially 21 years old.

Friday 15 November 2013

Persediaan





'Nak kahwin, elak maksiat'
'Nak kahwin, halalkan perhubungan'

Sebut perkahwinan, semua suka. Laju mulut berbicara, terpacul senarai yang panjang kenapa, mengapa, dengan siapa, apa yang hendak dicapai dalam perkahwinan. Laju tanpa sekatan atau gugupan. Siapa begitu? Nah! Mengaku saja kamu kerana aku juga begitu. 

Seronok topik ini. Indah.

Namun harus ditekankan, pernikahan bukan suatu yang mudah. Ianya satu tanggungjawab yang besar, A-Z ilmu yang tak akan pernah habis dipelajari. Pernikahan adalah sebuah amanah. Menjaga sehidup dan semati bersama. Menjalani kesusahan dan kesenangan bersama. Yang penting dengan pernikahan itu ke mana arah tujuan hidup selepas pernikahan. Mencorak, mengukir, mewarnai dan mengharungi segalanya.

Cakap mudah 'Mak, Ayah.. Saya nak kahwin' adakah kita benar bersedia untuk menggalas tanggungjawab? Menjadi seorang suami/isteri dan juga bersediakah kita untuk mengalas sekali lagi satu jawatan yang bukan mudah iaitu menjadi Ibu/Ayah? Semua boleh belajar, betul tapi keterbukaan dan penerimaan emosi dan fizikal itu bersediakah kita? 


Sebelum fikir nak berkahwin, tanya diri. 
Tanggungjawab sebagai anak macam mana? 
Baik atau tidak layanan pada ibu/ayah kita? 
Cukup hormatkah kita pada mereka? 
Perangai kita menyenangkan atau menyusahkan mereka?

Bila dah berkahwin kita kena ingat, kita masuk ke sebuah keluarga yang baru. Di dalam keluarga itu ada ibu dan ayah mertua, ipar duai, sedara mara sebelah partner kita. Kalau layanan pada keluarga sendiri terumbang ambing masih belum cukup sifat menghormati, menyenangi, mententeramkan, boleh mengadili, boleh buat keputusan dengan fikiran yang matang macam mana kita nak menghormati keluarga partner kita? 


Percayalah, apa yang kita buat dirumah.
Bila dah terbiasa, dah terdidik cara itu.
Akan terbawa ke dalam alam perkahwinan.
Jadi sebelum ada keinginan nak kahwin.
Cuba pandang muka mak ayah.
Kenang balik cukup bersediakan kita?


Jangan pandang pernikahan itu mudah. 
Ia tak semudah yang kita sangkakan.
Banyak persediaan yang perlu dilakukan.
Cakap tanpa usaha itu sombong.
Sebaliknya berusaha menjadi lebih baik.


Nak kahwin kena tunjuk awak dah bersedia mental fizikal.
Bukan hanya sebab kengkangan duit sahaja perlu diutamakan.


Emosi jiwa.
Persediaan.
Fizikal dan pemikiran.
Cukup bagus dah?

Carilah pasangan yang benar2 sesuai sebelum betul ingin bernikah.
Andai dah jumpa dan pasti, minta tolong ALLAH SWT dipermudahkan.
Supaya hati kamu dan hati dia tetap bersama kerana DIA.
Pegang hubungan sedia ada, jangan ditoreh atau dikhianati.
Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik begitu juga sebaliknya.


Hari ini aku belajar suatu yang baru :


Jika dirimu jatuh cinta, maka diamkanlah. Ini kerana syaitan cuba menyelinap masuk untuk jadikannya cinta bernafsu. Jika dirinya, bukan untukmu, redhailah kerana Allah S.W.T pasti menyediakan seseorang yang lebih beriman untukmu.
DIAM ITU LEBIH BAIK.
Diamku, bukan kerana membenci kehadirannya tetapi ingin menjaga kesuciannya. 
Hanya Allah S.W.T yang Maha Mengetahui.
Kita diam bukan bermakna kita membenci sesuatu, tetapi mungkin kita ingin menjadikan ia lebih baik. Pernahkah kita terfikir, jika kita hanyut dalam cinta tanpa ikatan yang sah, ia bakal menjadi satu masalah untuk kita kerana kita sentiasa bergelumang dengan dosa. Jadi diamkanlah. Usah digembar gemburkan. Kalau dulu aku selalu bertanya kenapa dia seperti menyembunyikan kehadiran aku? Seperti mempermainkan hati dan perasaan ku? Zaman jahilillah ku dimana mudah berfikir buruk. Kini, Alhamdulillah makin lama aku makin memahami, tiada lagi persoalan mahupun pemikiran buruk. Malah dalam diam, aku mempersiapkan diri. Aku tidak tahu sama ada dia benar jodohku tapi aku mampu dan layak berusaha bukan? Dalam diam, kita perbaiki perhubungan.
Apakah yang akan berlaku pada rumahtangga kita? Anak-anak kita?
Adakah kalian masih ingat tentang kisah cinta antara Saidina Ali & Saiditina Fatimah Az-Zahra? Kedua-dua mereka menyimpan perasaan antara satu sama lain, tetapi mereka lebih memilih untuk mendiamkan hal ini dari pengetahuan orang lain. Dengan izin Allah S.W.T, mereka berdua telah di satukan dengan ikatan yang sah.


*muhasabah diri*

Note : Sedang memperbaiki kelemahan diri. 
Menjadi lebih baik. Mempersiapkan diri.

Wednesday 13 November 2013

Yasmin J Hunwick

Dari mana datang, pemikiran teringat arwah anak gadis yang manis itu. Senyumannya yang indah, raut wajah pan asian, pandangan mata yang amat redup dan sejuk mata memandang. Dia adalah Yasmin Johan atau lebih sinonim dan dikenali dari kalangan bloggers, twitter-ians, facebookers dan instagramers sebagai Yasmin J Hunwick.


Gadis manis berdarah kacukan inggeris-melayu yang pernah menggemparkan rakyat Malaysia satu ketika dahulu, pada tanggal 3 JUNE 2012 ketika berusia 17 tahun akibat kemalangan motorsikal bersama dua sahabatnya. Kehilangan yang sungguh tragis, lebih memilukan arwah pernah memuat naik gambar terakhir ke dalam Instagram beliau, ibarat mengetahui dan merasai masanya akan tiba. Mimpi mimpi arwah beberapa bulan sebelum kemalangan tragis yang sangat menginsafkan kita semua.


Lebih setahun pemergiannya. Setiap kali teringat pasti air mata menitis kerana sedih dan pilu bila ingat semua yang beliau alami sebelum kemalangannya itu. Secara tidak langsung, pemergiannya telah membuka mata ramai manusia yang buta akan dunia selama ini bahawa mati tidak mengenal usia. Bila tiba masa itu, tidak terlewat sesaat atau cepat sesaat.



Al-Fatihah

Tuesday 12 November 2013

Sisa terakhir


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Kali ini aku betul2 dalam fasa final countdown.
Dulu jari masih tak cukup untuk kira-kira.
Sekarang campur jari kaki je, dah cukup.

Bangga dengan diri sendiri.
Semester kali ini, yang terakhir.
Aku full. Tak ada ponteng.
Hatta sakit pun aku datang.
Demi ilmu-ilmu terakhir. 

Automatik mark-up final exam naik 10%
Kerana kolej yang aku bencinta undang2 begini.
Barangsiapa yang rajin dan penuh attendance.
Maka naiklah markah ujian anda, ALHAMDULILLAH.

Projek aku. Ya ALLAH siap juga akhirnya.
Siap sebulan setengah dari jadual submit.
Tak sangka, perit jerih tangis demam buat.
Semoga markah A ke atas. Aminn.

Tinggal saki baki yang harus dilaksanakan.
Tugas dan tanggungjawab hampir sempurna.

Makin hampir untuk aku tinggalkan dunia diploma.
Merantau ke negeri lain, negeri yang aku teruja.

Jauh dari rumah.
Jauh dari keluarga.
Jauh dari keselesaan.
Jauh dari kemudahan.

Ye. Ini keputusan aku.
Tak ada toleh atau dilema.
Tidak sama sekali. I'll go on!

Ini satu cara untuk aku betul2 berdikari.
Berdiri atas kaki sendiri tanpa bantuan mereka disisi.
Ini satu cara untuk aku betul2 kenal keluarga si dia.
Membalas segala jasa2 sepanjang hubungan PJJ kami.



Aku mahu buktikan pada keluargaku terutamanya.
Aku bukan main main. Aku bukan mencuba nasib.
Pelajaran aku utamakan, perhubungan aku juga.
Aku mampu buat keputusan yang inshaALLAH betul.


Doakan aku.



This time, its really a final countdowns.
Masa untuk aku berubah ke alam baru.
BismillahitawakaltuAllah :')

Sunday 10 November 2013

Kesayangan


Waktu kecil mak selalu cakap
'Nadia dulu muka masam, nak marah je'
'Nadia dulu tak banyak kerenah tapi kuat makan'
'Nadia dulu selalu cakap nak makan banyak2 je'
'Nadia dulu comot, cemuih, tak comel langsung'

Bila engko dengar mak engko kata gitu.
Bengkek weh bengkek. Bengkek hati telinga.
Sekejap je, 5 saat lepas tu seronok macam telan satu jag gula.
Tak boleh bayang macam mana rupa macam kecil dulu.






Mak jenis payah nak puji anak anak.
Macam mana lembut mengoda kita bodek.
Mak tetap membatukan muka, tak puji.
HAHA kadang rasa nak cubit pipi mak.

Sekarang dah besar, mak makin menginjak usia.
Sekarang dah comel (haha), mak makin maintain cantik.


Kawan gaduh, kawan tidur bawah ketiak.
Kawan baling tepung kek, kawan shopping.
Kawan mengumpat, kawan gosips.
Kawan habiskan duit, kawan bank terhormat.


Mak. I love you eternally.
Mak. Thank you for everything.
Mak. I will always be your baby.

Dulu keluar dengan mak semua tanya
'Anak umur berapa, comel je' HAHA!

Sekarang keluar dengan mak semua tanya
'Anak dara dah, bila nak ada cucu'

Mak hanya mampu tersenyum penuh makna.
Haip mak. HAHA! Next year dah jarang ada rumah.


Mesti rindu celoteh mak,
Mesti rindu bebelan mak,
Mesti rindu majuk mak,
Mesti rindu sakat mak,
Mesti rindu nak habiskan duit mak,
Mesti rindu nak main tolak2 bontot dengan mak.

Mak.. doakan anak mak berjaya dunia akhirat.
Mak.. doakan hubungan anak mak diberkati DIA.

Walau satu masa nanti, nadia ada suami.
Dah ada orang jaga makan pakai.
Mak tetap tak ada dalang ganti.


Lebiu mak a.k.a ma <3

Friday 1 November 2013

Fikir yang indah


Terima segala apa yang tertulis.
Hidup harus diteruskan. Jangan mengalah.
Sebaliknya terus melangkah dan bersabar.
Habuan orang bersabar kelak tinggi hadiahnya.

Hidup tak lengkap tanpa dugaan dan ujian.
Itu semua datang dari Yang Maha Esa.
Tanda DIA sangat menyayangi hambaNya.
Berusaha menjadi lebih baik dari semalam.

Dunia ini terbentang luas sejauh saujana memandang.
Bukan hanya kamu seorang saja yang perlu dipentingkan.
Hidup bukan hanya melibatkan kamu seorang sahaja.
Jangan mula didik diri menjadi pentingkan diri sendiri.

Berjuta manusia disekeliling, usah disempitkan fikiran.
Berfikir yang enak sahaja, kuasa negatif ditepis.




Kita umpama berdiri di satu tembok yang nipis.
Ditiup angin mudah terjatuh dan berputus asa
Andai pandai imbang diri, hiduplah kita.
Pandai membawa diri, diterimalah kita.

Kehidupan tidak susah, kita yang menyusahkan.
Pandai kita imbang, kawal dan jaga. Bahagia lah.
Andai lemah, pemikiran serong. Jahanam lah.
Kita pilih jalan hidup sendiri dengan bantuan DIA.



Ingat.
Pandai bawa diri.
Pandai kawal emosi diri.
Pandai kawal aurat diri.
Pandai jaga hubungan dengan pencipta.

Mudahlah perjalanan hidup ini.

Ingat.
Jaga solat 5 waktu.
Jaga kebajikan Ibu ayah.
Jaga pertuturan dengan orang tua.
Jaga keimanan diri.
Jaga pemandangan mata.

Allah S.W.T berkati kehidupan hambaNYA.



Islam itu mudah, buat baik dibalas kebaikkan.
Islam itu adil, buat jahat dibalas dengan hukuman akhirat.
Jangan menyalahkan kehidupan andai wujud kesusahan.

Manusia selalu buat silap sebab kami makhluk yang tidak sempurna.
Setiap hari ada sahaja kesalahan kecil dan besar yang dilakukan.
Hatta secara tidak sedar sekali pun, pasti ada salah itu.

Jadi, jangan putus asa.
Tak pernah terlewat untuk menoleh ke masa belakang.
Lihat, kaji dan selami cara kehidupan dahulu.
Bawa ke masa depan, ubah cara kehidupan dahulu.
Memaafkan dan meminta maaf, jangan berat mulut.





Awak..
Its never to late to restart your life..
The doors will always open for you..