Friday, 4 January 2013

Buka mata, hati dan minda

*AUCAK CAK CAK CAK!!*

I've learned a lot this past few months. 

Bila kita membuka ruang hati, pemandangan mata yang luas dan melihat cara kehidupan di dunia secara tak langsung banyak perkara kita belajar, setiap hari ada perkara yang kita belajar dan tak akan berhenti proses tersebut :)

- Hormat pada sekeliling. Manusia malahan seekor kucing sekalipun.
- Jadi seorang yang penuh kesabaran. Walau payah, usaha.
- Kena sentiasa berjuang tak kenal erti putus asa
- Selalu berfikiran positif dalam kehidupan seharian.
- Andai ada yang berkecil hati, segera meminta maaf.
- Berjalan dengan senyuman yang ikhlas bukan MENGODA
- Ringankan tangan untuk menderma, kaki untuk ke rumah ALLAH S.W.T
- Basahkan bibir dengan ayat2 AL- QURAN mahupun selawat
- Pupuk sifat sentiasa jujur dalam perbuatan, percakapan dan pergaulan.
- Fokus 100% pada pekerjaan atau perkara yang sedang dilakukan.
- Malu bertanya sesat jalan, ringankan mulut untuk sentiasa bertanya.
- Percaya pada orang yang berada dalam bulatan kehidupan kita
- Pujuk diri sendiri bila rasa kecil hati atau merajuk, latih jadi kuat.
- Didik hati untuk sentiasa tabah.
- Jangan terlalu fikirkan apa orang buat dekat kita.
- Abaikan mereka yang tidak layak untuk dijadikan sahabat
- Latih diri untuk sentiasa berpijak pada kaki sendiri. Berdikari.
- Jadi diri sendiri. Itu yang terbaik dan yang paling baik.

- Lidah sentiasa jaga dari cakap perkara yang buruk.
- Bila bergaduh jangan kata benda yang buruk buruk belaka. Diam.



Hidup kita umpama pelangi, penuh warna warni. Kalau asyik hitam putih tak ada seri. Macam tak ada kelainan. Jadi sentiasa bersedia untuk lebih bagus dari semalam. Jadikan semalam satu pengalaman, hari ini hari yang penuh senyuman esok sebagai hari yang baru. Jadikan kanvas kehidupan kita berwarna warni, lebih meriah lebih cantik indah dipandang. Kan? 



3 comments:

Nurfarahana Abdul Aziz said...

semoga kita semakin ke arah kebaikan selepas ini InsyaAllah.

*p/s : gula gula warna warni tu buat kita lapar...heee

Nurul Nadiah Mustafa Kamal said...

InshaALLAH, semoga begitu hendaknya. Haaa lapar? Sila sila pergi makan! haha :P

Nurul Nadiah Mustafa Kamal said...
This comment has been removed by the author.