Wednesday, 9 January 2013

Biasalah tu


Matang bukan boleh diukur melalui usia seseorang.
Biarkan fizikalnya kelihatan seakan BUDAK tapi pemikiran matang.

"You are too young to be matured"

Aku sendiri tak akan lupa ayat ni. Terluka? Tipu tak ada. 
Tak mengapa. Benda ni tanamkan dalam hati supaya berusaha buka mata. 

Well. Orang ada macam macam alasan.
Well. Nak kata macam mana kan.

Biasalah tu.

Matang tu benda subjektif. Susah nak nampak tapi boleh rasa.
Ingat mudah ke seseorang nak menjadi lebih matang? 
Payah. Merangkak. Bila dia tidak matang. Gelak.
Bila dia dah menjadi matang. Tak puas hati.

Orang.

Well. Tak pernah akan puas dengan satu benda.
Well. Tak akan duduk diam mulut tu.
Well. Ada je nak cari point baru setiap masa.

Biasa lah tu.

Matang sebenarnya akan dipelajari secara semulajadi.
Bukan dibuat buat bukan dipaksa paksa. 

Tak semestinya umur 20 tahun ke atas matang sangat.
Ada yang bawah 20 tahun dah matang. Percaya kan?

Jadi. Matang bukan boleh diukur dengan umur seseorang.
Biarlah dia tak matang. Satu masa dia akan belajar.
Mana ada orang yang nak duduk di takuk lama.
Sooner or later pasti nak jadi matang.

Matang untuk terima benda baru.
Matang untuk terima orang baru.
Matang untuk terima memori baru.
Matang untuk terima kekalahan.
Matang untuk menjadi seorang bakal ibu.
Matang untuk menjadi seorang bakal ayah.
Matang untuk menjadi bakal jenazah.

Ada orang yang lambat diberi sifat kematangan.
Ada orang yang cepat diberi sifat kematangan.
Percaya qada' dan qada ALLAH S.W.T
Dia yang mencipta, Dia yang membuat jalan cerita kita.

Aku tertanya juga dah cukup matang ke aku?
Aku selalu jawab TIDAK bila orang kata YE aku dah matang.
Kenapa aku kata tidak? Sebab bila aku menidakkan sesuatu.
Aku akan lebih berusaha untuk menjadi seorang yang lebih matang.

Biar orang kata negetif. Jadikan pembakar semangat.
Biar orang perlekehkan. Jadikan pemangkin untuk diri kita.

Dan...

Dan....

Biarkan orang tinggalkan kita..
Jangan mengeluh..
Terus usaha untuk jadi matang..

Biar orang menjauh dari kita..
Jangan bersedih..
Terus usaha untuk jadi matang..

Biarkan orang tak peduli kita..
Jangan terluka..
Terus usaha untuk jadi matang..

Nak tahu sesuatu tak? Walau dah menjadi seorang yang matang tapi kita tak boleh lari daripada menjadi seorang yang berjiwa lembut, berjiwa budak budak. Kita tetap akan menjadi seseorang yang manja bila bersama dengan orang yang kita sayang. Benda tu tak akan hilang. 


Teringat yang kadang2 bila kita berubah dari "budak" ke matang. Orang akan cepat bosan lebih lagi mana yang tengah ada pasangan. Betul ke? Pelik. Kalau bosan sebab benda ni, memang lelaki/perempuan tu tak layak ada pasangan langsung. Jadi hambar je hubungan tu. Fikir balik at the first place kenapa awak suka dia dulu? Sebosan mana awak dengan dia. Dialah dulu yang telah mengusik jiwa awak. Hargai sedikit. 

Ini namanya manusia yang pura pura matang.
Tak pernah puas dengan apa yang ada.
Masih mencari dan terus mempermainkan.
Tak pernah puas dengan seorang kekasih.



2 comments: