Friday, 19 April 2013

Dugaan terhebat



Setiap kali nampak baju cantik cantik, rasa nak menangis sebab nak beli tapi sayang nak belanja duit untuk baju baru sebab tengah saving duit. Bergenang genang air mata dibuatnya. Kalau dah nama perempuan memang selamanya perempuan. Memang godaan besar yang amat.

Memang sangat jimat sekarang. Pergi belajar bawa bekal.
Kadang tengok yang lain makan sedap terasa nak beli.



Bagi lelaki mesti dia kata "Perkara biasa lah jimat"
Dia tak tahu perempuan ni macam mana nafsu belanja.
Hargailah kalau dia berjimat ada sebab dan ia bersangkut dengan anda.




Bila rasa nak juga beli selalu ingat diri sendiri 
"Jangan Nadia, simpan simpan duit"
"Kehendak tu, bukan keperluan. Tutup mata"
"Jangan buat pe'el kau Nadia baju berlambak"


Tapi selalu cakap cakap yang atas kadang tak menjadi.
Yang paling menjadi sampai buat muka redha 

"Susah susah dulu sekarang nanti ada rezeki lagi besar boleh beli beli, baju dekat rumah banyak boleh repeat mix and match. Lagipun ingat niat kenapa simpan duit bagai nak rak sekarang. Masa depan Nadia. Biar kerja banting tulang tapi tak keluar duit untuk barang tak perlu. Sabar hati. Hilang nafsu. Pergi keinginan. Ya ALLAH bantulah sesungguhnya hanya ALLAH SWT yang tahu kenapa simpan duit berkatilah, nawaitu ini semoga kelak dah tercapai sebab kenapa, rezeki bercambah"

Lepas tu terus automatik letak balik baju dekat rak dia.
Lepas tu terus automatik letak kasut dekat display tu.

Undur diri dengan senyuman.
Tak apa. Sabar Hati. Sabar.
Niat itu terlunas dulu, Harus dan Wajib.

3 comments:

fiza saiza said...

nafsu shopping wanita tak dapat disangkalkan lagi...heheheee

Nurul Nadiah Mustafa Kamal said...

Sangat :'( HEHE!

NinaAz said...

salam kenal blogger. jom join GA nina yeaaa :)