Wednesday, 5 March 2014

Tak kenal maka tak cinta

Bachelor In Finance (Hons.)
Yes. OFFICIALLY student degree.
 
 

Hampir sebulan disini, dunia yang sangat baru dan terasing bagi aku yang membesar di kota yang besar dan serba canggih. Dekat sini biasa biasa sahaja tapi masih boleh berdiri dan 'hidup'. Tak mudah pada mulanya dan masih dalam proses menyesuaikan diri. Kadang hati dan perasaan memberontak untuk GIVE UP dan pulang ke tempat asal di mana lebih banyak option dan choice untuk belajar tapi dikuatkan hati untuk terus disini. Banyak benda yang aku dah belajar dan berubah dari diri yang lalu.

Boleh berdikari sendiri.
Tidak lagi bergantung pada bahu orang.
Lebih banyak bersabar.
Tidak lagi mudah baran macam dulu.
Lebih punya banyak masa bersama DIA.
Berteleku disejadah dan bercerita tentang hariku.
Berzikir, selawat ke atas Nabi dan berjemaah.

Banyak pengalaman walau baru disini.

Paling penting aku dah buktikan pada semua yang sering memandang rendah bahawa aku tidak mampu berjauhan dari keluarga, anak yang manja dan sangat tidak matang serba serbi. Nah kau rasakan, manusia boleh berubah jika dia hendak berubah dan aku tahu tak ada siapa yang mampu mengubah hidup aku melainkan diri kita sendiri.

HAHA.

Tak lama, dua tahun sahaja. In shaa Allah semuanya akan baik baik sahaja.
Tak lama, dua tahun sahaja. In shaa Allah sarjana muda dalam tanganku.

Sesungguhnya perancangan ALLAH S.W.T adalah sebaik baik perancangan kadang kita tak sangka akan perkara yang berlaku bakal mengubah kehidupan kita buat selamanya sama ada secara positif atau sebaliknya.

Kuala Lumpur - Muadzam Shah
Muadzam Shah - Kuala Lumpur
 
Rumah ke dua dan in shaa allah untuk selamanya.


Doakan yang terbaik.

1 comment:

Anne Idris said...

Hi. Nice to read your blog. Jom lawati saya http://www.mommyanneshop.com/ . Tq