Wednesday 15 January 2014

Dalam

Aku masih cuba menjaga hati semua manusia.
Aku masih ucap selamat pagi kepada haiwan dan tumbuhan.


Aku masih berusaha menjadi seorang anak yang solehah, adik yang berguna dan sentiasa cuba membantu adik beradik, HambaNYA yang menuruti dan mengamalkan sunnah sunnah dan kewajipan sebagai seorang umat islam.

Tak mudah untuk terus kuat dalam godaan dunia.
Tak mudah untuk terus tabah dalam dugaan hidup.

Iman kadang goyah.
Iman kadang lari.

Kerana aku manusia biasa.


Masih cuba menjadi lebih kuat dan tabah.
Masih terus mencuba dan mencuba menjadi lebih baik.

Aku bukan seorang wanita yang sempurna serba serbi.
Namun apa yang pasti, aku punya hati dan perasaan.
Aku boleh sahaja terguris perasaan.
Aku boleh sahaja terkecil hati.

Sekuat mana cuba memujuk diri kadang aku rebah juga.

Tak apa, aku masih belajar untuk menjadi lebih baik.
Aku manusia yang perlu masa bukan robot semata mata.

Tak apa, aku masih belum cukup garam dunia.
Banyak lagi pancaroba dan dugaan yang tak pasti.
Aku perlu lalui. Aku harus mengharungi.


Terus melangkah. Kejayaan tidak datang bergolek.
Kesenangan tidak datang ibarat hujan sejuk memeluk tubuh.
Perasaan dan hati perlu dikawal dan dijaga rapi dari lari.

Tidak. Kali ini aku berlari. Mengejar mimpi.
Untuk memastikan ia menjadi realiti.

Dengan izinnya DIA, Maha Pencipta. 
Tempat aku curahkan segalanya.
Tempat aku menangis semahunya.
Tiada guna manusia untuk ditangisi.
Bazir masa dan air mata.

Aku masih punya DIA.
ALLAH S.W.T

No comments: