Monday 25 November 2013

Tersedar





 Tadi Ibu mengadu 'Tolong carikan uban ma(MAK) tak nampak'
Tadi Ibu mengadu 'Kaki ma sakit, lutut susah nak jalan sakit'

Aku tanpa menyoal terus mencari rambut halus yang menimbulkan kebencian kerana saat aku terlihat rambut putih itu air mata hampir gugur kerana tika itu aku umpama tersedar dari lena akan usia Ibu. Makin lanjut. Lebih sedekad. Sehabis boleh menahan air mata dari gugur, bertambah pilu mendengar rintih sakitnya itu. Anak mana tidak sedih melihat pergerakan Ibu makin kurang dan sangat terbatas. Mungkin anak derhaka tidak terkesan. 


*menarik nafas sambil mengenang kenangan masa kecil*


Ibu dan ayah.
Terlihat kini rambut halus berwarna putih bergelar UBAN.
Terlihat sudah garis dan kedutan di muka bersih suci mereka.
Terlihat kadang kala mereka mengaduh sakit kerana usia.
Terlihat pergerakkan mereka yang makin lama kian terbatas.

Ibu dan ayah.
Usia yang makin meningkat tua.
Wajah yang makin dimamah usia.
Pergerakan yang makin terbatas.

Sedih. Sebak bila mengenangkan masa yang berlalu.
Masa yang semakin mencemburui kemesraan ini.
Masa yang semakin laju meninggalkan mereka yang alpa.
Alpa dan lalai akan kebajikan dan menyayangi mereka.

Andai boleh diminta, tak ingin aku lihat pemergian.
Namun, siapakah aku untuk meminta sebegitu?
Mati itu pasti, Mati itu janji. Mati itu pasti terjadi.

Sedarlah sebelum semua keindahan ini hilang.
Jangan hanya tersedar kita sedang memeluk batu nisan.
Menangis semahunya, memikirkan kenangan dahulu.
Menyalahi diri sendiri akan kejahilan melayani mereka.


Hargailah mereka lebih dari sesiapa di dunia ini.
Selagi kita bukan seorang isteri atau suami orang.
Tolong beri perhatian kepada ibu bapa.
Ibu bapa pasti bersama, mereka yang tiada ikatan.
Belum tentu termeterai janji sehidup semati.

No comments: