Saturday 19 October 2013

Memaafkan

Belajar redha dengan semua perkara.
Jodoh ajal maut dalam kuasa DIA.
Siapa kita untuk pertikai atau mengadili?


Jangan mudah melabel seseorang andai tidak mengenalinya.
Jangan mudah menghina seseorang andai tidak tahu kisah hidupnya.
Jangan cakap perkara yang akan terpalit ke diri sendiri semula.

Belajar untuk ada perasaan malu.
Belajar untuk ada perasaan adab sopan.
Belajar untuk tidak menjadi TUHAN.

Tolong jangan dijatuhkan martabat seorang wanita.
Segala apa yang terjadi pada masa silam itu.

Lepaskan..
Redhakan..
Relakan..
Maafkan..
Pasrahkan..

Perancangan ALLAH SWT lebih teliti dari perancangan manusia.
Kita hanya mampu merancang selebihnya serah pada DIA.
Nawaitu biar ikhlas, jangan baik pada permulaan perkenalan.
Kemudian bertukar kepada kejahatan. Islam tak ajar itu.

Kematangan seseorang terletak pada perbuatan dan pertuturan.
Jangan hanya mengakui kematangan diri andai terserlah kesombongan.


Sebagai manusia, wanita dan hamba Ilahi. 
Jangan ditoreh maruah diri, jangan dicalar peribadi itu.
Jangan nampak sangat niat yang tak ikhlas dari permulaan.

Wanita yang baik untuk lelaki yang baik.
Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

Yakinlah pada kuasa ALLAH S.W.T
Yakinlah pada Qada' dan Qadar ALLAH S.W.T

Usah dipertikai. Usah punya niat menjatuhkan.
Andai aku bisa mendoakan kebahagiaan masjid mu.
Masakan kamu tidak boleh mendoakan kebahagiaan ku?

Islam mengajar kita berbuat baik pada saudara sesama islam.
Aku terima segala kata kata hinaan. Alhamdulillah aku tidak melatah.


Sayang..
Belajar untuk meredhakan segalanya..
Semoga dikau bahagia, suratan Ilahi inshaALLAH yang terbaik.


Aku maafkan kamu kerana aku ingin bahagia.
Aku maafkan kamu kerana aku ingin tenang.

Aku maafkan kamu kerana aku tidak mahu di akhirat nanti kamu tercari cari aku untuk memohon keampunan. Percayalah, aku memaafkan kamu.


Assalamualaikum hamba ALLAH S.W.T


P/S : Aku tahu kamu baca. 
Aku tak nak cakap "Tolong terasa" 
aku hanya nak kamu belajar menerima suratan takdir Ilahi.

- VIA GALAXY NOTE

1 comment:

Unknown said...

hye! i love your blog. very informative. jom visit & follow sekali blog sy =) wallawaniey.blogspot.com