Thursday 28 August 2014

EGOIS




Manusia dan ego tidak dapat dipisahkan.
Siapa sahaja yang tidak punya sekelumit ego dalam diri?
Menipu kalau tak ada, sedangkan aku sendiri EGOIS.


Satu kesalahan mampu menutup 1001 kebaikkan.
Satu kesilapan mampu menjadi titik hitam dalam profil diri.
Satu kekhilafan mampu menjadi duka dihati insani.

Aku punya salah, dosa dan berterusan melakukan dosa disepanjang kehidupan. Tipu jika sehari, tiada satu dosa walau sekecil zahrah pun. Kesalahan itu mendidik diri kita untuk menjadi lebih baik. Mengubah diri ke arah yang benar tapi entah kenapa manusia sering menjadikan satu kesalahan sebagai hukuman seumur hidup. Ibarat tergantung ditali keramat (tali gantung) seperti dijatuhi hukuman digantung sampai mati kalau tak mati digantung dan gantung lagi.




Aku belajar sesuatu.
Aku terima sesuatu.


Orang kalau dah tak suka kita, perkara sebaik atau semulia macam mana pun. Kita tetap dipandang hina, diperli, dicaci, dikata dan sebagainya. Ibarat kita tiada maruah, nama dan jati diri dicanang merata. Tidak ubah seperti sampah ditendang tendang. Umpama diri kita sebagai manusia yang tidak punya hati dan perasaan. Buatlah baik, sejukkan lah mimik muka, mengambil berat lah dan segala macam kebaikkan cuba dilakukan.. Masih tiada harga dinilai.




Penyelesaian.

Jangan buat apa apa. Terus melakar cita cita sendiri. 
Manusia sentiasa berkata kata, tidak berhenti. Hak sendiri.
Kita? Terus maju dan belajar dari kesilapan. Jangan diulangi.

Andai penghinaan mampu melakar senyuman diwajah.
Teruskanlah kerana manusia ini sudah lelah dan menyerah.
Menyerah bukan kerana kalah tapi kerana masih sayang.
Dan kerana rasa sayang itu lah, manusia hina ini pergi.


Pergi jauh membina hidup yang baru.
Meninggalkan segala duka nestapa.
Mendiamkan diri membisu 1000 bahasa.
Takut lidah ini melukai lagi.
Menutup mata mengaburi pandangan.
Takut mata ini melirik menjeling.
Tiada riak emosi diwajah, kosong.
Takut wajah ini membawa fitnah.



Membawa kenangan indah bersama.
Moga manusia ini tabah dan berubah.
Maafkanlah manusia ini. Jujur maafkanlah.

No comments: