Wednesday, 30 April 2014

Anak


Selagi hayat dikandung badan.
Selagi kudrat mampu berjalan.
Selagi belum hilang pancaindera.

Selagi itu,
Sebagai seorang anak..

Akan berbakti pada orang tua.
Akan sentiasa melindungi mereka.
Akan menyayangi apa adanya.

Mereka,
Walau dimamah usia.
Walau rambut putih mulai tumbuh.
Walau terkadang perangai tidak diduga.

Sebagai seorang anak..
Selagi mampu dan terdaya..
Selagi itu akan sentiasa menjaga..

Tiada guna melawan atau memusuhi.
Siapalah kita tanpa mereka disisi?
Hilangnya mereka maka terpadam 1 cahaya.
Tiada lagi doa dan restu dari orang tua.

Jika menyakiti mampu mengubati.
Jika sayang mampu menghilangkan duka.

Walau apa juga keadaan.

Sebagai anak yang inginkan syurga.
Selagi itu tiada dimulut kata kata nista.
Selagi itu hanya doa mampu dipanjatkan.

Semoga sebagai anak, anak ini tabah menghadapi.
Semoga sebagai anak, anak ini sentiasa dibawah lindunganNya.
Semoga sebagai anak, anak ini mampu membalas jasa mereka.

Dan...
Semoga sebagai anak..
Anak ini ingin menjadi 'ibu' yang dibanggakan.
Anak ini ingin menjadi 'ibu' yang tabah dan tersenyum.

Anak ini juga punya impian..
Anak ini pingin berkeluarga..
Anak ini ingin berubah..




Dan dengan perasaan itu,
Dia akan bersabar didalam dugaan.
Dia mungkin terluka dari mata kasar.
Dia mungkin berkecil hati dari mata hati.
Tapi itu tidak sebesar kasih dan sayang pada orang tuanya.

Satu satunya insan yang benar mengenali anak ini.
Yang menerima baik buruk kurang lebihnya dia.

Dan untuk merasai itu..
Sebagai anak, siapalah dia untuk melawan.
Semoga ketabahan dan kesabaran dibukakan pintu rezeki.


Anak yang tabah.

1 comment:

album riri maysyuri said...


selamat tengah hari, sudah lama tidak berkunjung ke mari, bagaimana khabarnya sihat kan?