Friday, 15 November 2013

Persediaan





'Nak kahwin, elak maksiat'
'Nak kahwin, halalkan perhubungan'

Sebut perkahwinan, semua suka. Laju mulut berbicara, terpacul senarai yang panjang kenapa, mengapa, dengan siapa, apa yang hendak dicapai dalam perkahwinan. Laju tanpa sekatan atau gugupan. Siapa begitu? Nah! Mengaku saja kamu kerana aku juga begitu. 

Seronok topik ini. Indah.

Namun harus ditekankan, pernikahan bukan suatu yang mudah. Ianya satu tanggungjawab yang besar, A-Z ilmu yang tak akan pernah habis dipelajari. Pernikahan adalah sebuah amanah. Menjaga sehidup dan semati bersama. Menjalani kesusahan dan kesenangan bersama. Yang penting dengan pernikahan itu ke mana arah tujuan hidup selepas pernikahan. Mencorak, mengukir, mewarnai dan mengharungi segalanya.

Cakap mudah 'Mak, Ayah.. Saya nak kahwin' adakah kita benar bersedia untuk menggalas tanggungjawab? Menjadi seorang suami/isteri dan juga bersediakah kita untuk mengalas sekali lagi satu jawatan yang bukan mudah iaitu menjadi Ibu/Ayah? Semua boleh belajar, betul tapi keterbukaan dan penerimaan emosi dan fizikal itu bersediakah kita? 


Sebelum fikir nak berkahwin, tanya diri. 
Tanggungjawab sebagai anak macam mana? 
Baik atau tidak layanan pada ibu/ayah kita? 
Cukup hormatkah kita pada mereka? 
Perangai kita menyenangkan atau menyusahkan mereka?

Bila dah berkahwin kita kena ingat, kita masuk ke sebuah keluarga yang baru. Di dalam keluarga itu ada ibu dan ayah mertua, ipar duai, sedara mara sebelah partner kita. Kalau layanan pada keluarga sendiri terumbang ambing masih belum cukup sifat menghormati, menyenangi, mententeramkan, boleh mengadili, boleh buat keputusan dengan fikiran yang matang macam mana kita nak menghormati keluarga partner kita? 


Percayalah, apa yang kita buat dirumah.
Bila dah terbiasa, dah terdidik cara itu.
Akan terbawa ke dalam alam perkahwinan.
Jadi sebelum ada keinginan nak kahwin.
Cuba pandang muka mak ayah.
Kenang balik cukup bersediakan kita?


Jangan pandang pernikahan itu mudah. 
Ia tak semudah yang kita sangkakan.
Banyak persediaan yang perlu dilakukan.
Cakap tanpa usaha itu sombong.
Sebaliknya berusaha menjadi lebih baik.


Nak kahwin kena tunjuk awak dah bersedia mental fizikal.
Bukan hanya sebab kengkangan duit sahaja perlu diutamakan.


Emosi jiwa.
Persediaan.
Fizikal dan pemikiran.
Cukup bagus dah?

Carilah pasangan yang benar2 sesuai sebelum betul ingin bernikah.
Andai dah jumpa dan pasti, minta tolong ALLAH SWT dipermudahkan.
Supaya hati kamu dan hati dia tetap bersama kerana DIA.
Pegang hubungan sedia ada, jangan ditoreh atau dikhianati.
Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik begitu juga sebaliknya.


Hari ini aku belajar suatu yang baru :


Jika dirimu jatuh cinta, maka diamkanlah. Ini kerana syaitan cuba menyelinap masuk untuk jadikannya cinta bernafsu. Jika dirinya, bukan untukmu, redhailah kerana Allah S.W.T pasti menyediakan seseorang yang lebih beriman untukmu.
DIAM ITU LEBIH BAIK.
Diamku, bukan kerana membenci kehadirannya tetapi ingin menjaga kesuciannya. 
Hanya Allah S.W.T yang Maha Mengetahui.
Kita diam bukan bermakna kita membenci sesuatu, tetapi mungkin kita ingin menjadikan ia lebih baik. Pernahkah kita terfikir, jika kita hanyut dalam cinta tanpa ikatan yang sah, ia bakal menjadi satu masalah untuk kita kerana kita sentiasa bergelumang dengan dosa. Jadi diamkanlah. Usah digembar gemburkan. Kalau dulu aku selalu bertanya kenapa dia seperti menyembunyikan kehadiran aku? Seperti mempermainkan hati dan perasaan ku? Zaman jahilillah ku dimana mudah berfikir buruk. Kini, Alhamdulillah makin lama aku makin memahami, tiada lagi persoalan mahupun pemikiran buruk. Malah dalam diam, aku mempersiapkan diri. Aku tidak tahu sama ada dia benar jodohku tapi aku mampu dan layak berusaha bukan? Dalam diam, kita perbaiki perhubungan.
Apakah yang akan berlaku pada rumahtangga kita? Anak-anak kita?
Adakah kalian masih ingat tentang kisah cinta antara Saidina Ali & Saiditina Fatimah Az-Zahra? Kedua-dua mereka menyimpan perasaan antara satu sama lain, tetapi mereka lebih memilih untuk mendiamkan hal ini dari pengetahuan orang lain. Dengan izin Allah S.W.T, mereka berdua telah di satukan dengan ikatan yang sah.


*muhasabah diri*

Note : Sedang memperbaiki kelemahan diri. 
Menjadi lebih baik. Mempersiapkan diri.