Friday, 11 October 2013

Rindu

Kanan kiri penuh kehijauan.
Pokok pokok daun daun.
Suasana yang tenang.

Hijau itu memberi SERIBU SATU ketenangan.
Lantaslah Nabi Muhammad S.A.W menyukainya.
Daun ditiup manja oleh bayu angin, menari riang.
Masakan pokok bergoyang kalau tiada angin.

Suasana kampung jauh berbeza dari bandar.
Hiruk pikuk lautan manusia tidak kedengaran.
Keadaan sekeliling aman damai, penuh kehijauan.
Burung burung terbang bebas, cengkering berbunyi.

Tanpa Unifi, tanpa line semewah rumah di bandar.
Masih mampu berdiri. Bernyawa dan tidak mati.

Aku ingin lari dari dunia sebentar.
Menikmati kehijauan yang acap kali aku nikmati.
Duduk di birai bangku kayu menunggu keajaiban.
Melihat keindahan dunia yang cukup MENGINSAFKAN.


*Mendongak ke langit senja*

Sayang,
Apa khabar kau disana.
Makan kah dikau? Sihat kah dikau?
Semoga hari dikau penuh keberkatan.
Disini, aku tetap menunggu.
3 hari 2 malam kesibukkan mu.
Terseksa zahir tanpa nota-nota.


Sayang,
Akan tetap ku menunggu disini.
Carilah aku jika kau merindui.
Hanya pada mu, bakal imam ku.


*menghirup udara menenangkan gelodak jiwa*

-VIA GALAXY NOTE-





2 comments:

Sharifah Amarina said...

Done follow sini #42. Follow back ye http://sharifahamarina.blogspot.com/

ila said...

jenguk ke siiniee