Thursday 10 October 2013

Belajar terima



Tak semua apa kita buat orang suka.
Tak semua apa kita fikir orang senang.
Tak semua tindakan kita orang terima.
Tak semua perangai kita orang selesa.

MAAF kerana ada masa, aku rasa sempurna.

Belajar menerima, segala apa yang diluah.
Andai kata itu melukakan hati, aku cuba.
Walau kata itu mengecilkan hati, aku cuba.

Untuk terima..
Demi kebaikkan. 


Jangan marah nadia, itu perangai syaitan.
Jangan sedih nadia, itu pengajaran.
Jangan kecil hati nadia, lepaskan.


Aku bukan siapa siapa, hanya manusia penuh kekhilafan.
Yang sering cuba menjadi yang terbaik untuk semua.
Sampai tika aku lupa, aku juga seperti mereka.
Tidak sempurna. Kembali ke pangkal jalan.
Tiada guna kias, tiada guna tangis. 


Diam dan hadapi.
Dunia tidak kiamat dengan masalah.
Aku yang membutakan mata.
Hingga membuat 'kiamat' sendiri.






Maafkan aku.



1 comment:

Unknown said...

hye! jom singgah ke entry kedua saya :) http://wallawaniey.blogspot.com/